|
BismiLlah... Sy ingatkan, SUMMER mmg selalu mcm ni, panas, kering, dengan suhu memang sentiasa melebihi 30° ++. But last week, kitorang dikejutkan dengan rekod baru suhu yg mencecah 40° ! Dan media2 kat sini, rata2nya dah membuat kesimpulan, summer kali ni merupakan antara yg "ganjil" pernah berlaku. Sewaktu suhu mencecah 40° tu, ada pihak wartawan datang menemu ramah org2 yg sedang berjemur di tepi pantai berhampiran, dan hairannya, rata2 mereka kata : POSITIF - diorang sukakan keadaan begini. Adehh.. diorang ni mungkin pelancong2 yg datang dari belah2 kutub kot, yg memang dah lama mengidamkan panas2 mcm ni. Kitorang Malaysians kat sini, dah cukup menderita dah, dengan panas yg melampau, kering lagii.. isk.. SUNBURN ?? uhukss.. Dan bila mana sampai terdapat KEMATIAN yg dilaporkan disebabkan suhu panas ni, kitorang makin terkejut.. hairan dan tertanya2. ALLAH Maha Berkuasa, ajal maut semua urusannya. Siapa sangka, suhu yg panas "sket" je ni, mampu meragut nyawa manusia ? Ni laporan UTUSAN MALAYSIA semalam : Panas melampau Eropah, AS terus ragut nyawaPARIS 22 Julai – Penduduk Eropah digesa mengambil tindakan yang boleh ‘menyejukkan’ diri mereka berikutan cuaca panas yang memecahkan rekod dan mengorbankan 31 orang, meliputi separuh daripada benua tersebut, dan dijangka berterusan seminggu lagi. Di Amerika Syarikat (AS) seramai 29 orang telah mati. Di Perancis, pihak berkuasa kesihatan berkata, sehingga kini, 22 orang telah mati akibat cuaca panas itu, meningkat berbanding sembilan orang dua hari lalu. Mangsa termasuk kanak-kanak berusia 15 bulan, empat orang buruh dan dua orang yang tidak mempunyai rumah. Biro Statistik Pusat Belanda (CBS) berkata, terdapat peningkatan kematian sebanyak 168 orang pada minggu pertama bulan ini melebihi kadar purata yang dikaitkan dengan cuaca panas itu. Pusat cuaca Meteo-France yang dikendalikan oleh kerajaan menasihatkan orang awam agar mandi lebih kerap, minum 1.5 liter air sehari dan menghabiskan masa tiga jam sehari dalam persekitaran berhawa dingin seperti panggung wayang. Sementara itu, suhu panas di Britain menurun sedikit semalam tetapi masih panas dengan suhu di London mencapai 32 darjah Celsius. Di Itali, suhu dijangka mencapai 40 darjah Celsius pada penghujung minggu ini dengan wilayah Liguria di timur laut dan Umbria di tengah diletakkan pada tahap berjaga-jaga yang paling tinggi. Di Berlin, kesatuan bangunan, IG Bau melancarkan kempen dengan slogan ‘Jangan Dibiarkan Terbakar’ dan mengagihkan krim kulit di tempat kerja. Di Republik Czech, jam zaman pertengahan di Prague yang menjadi salah satu tarikan pelancong berfungsi dengan perlahan kerana cuaca panas. Austria pula mengenakan larangan terhadap barbeku di tempat awam kerana risiko kebakaran hutan. – AFP Link : Panas Melampau Eropah, AS terus Ragut Nyawa ============= Tak sabar menanti Autumn... wuwuu.. Adeh, tetiba rasa nak tengok Autumn in My Heart, ahakss.. =) 3.45 am |
| lydecker August 4, 2006 10:04 AM PDT salam... wush dasat eh sana..tu la..soh balik mesia tamau=Pkeh3 malaysia yang aman damai,dinginnya angin di tepian pantai,bertiap sepoi2 bahasa..nikmatnya!!!keh3~ minum air banyak2...weyh..idung ko berdarah lagik tak??dah la musim panas2 ni...jage lah dirimu sendiri..aku hanya mampu..mampu ape ek??nak kata melihat,tak tengok pun..wuwu~ cet..autumn in my heart pulak dah... | ||
| Leave a Comment: |