|
 |
Saturday, July 01, 2006
Dah tamat 2 perlawanan suku akhir.
Germany menang lawan Argentina, menerusi sepakan penalti. Perlawanan bermula agak membuhsankan, tapi pelan2 jadi menarik.
Argentina gagal nak manfaatkan peluang selepas dah lead 1-0 Germany. Faktor "tuan rumah" mungkin antara faktor membuatkan Germany segera bangkit.
Yg aku dapat nampak, ada unsur2 berat sebelah dan tak berapa telus dari pihak ref, terutama selepas Argentina score. Seakan2 nak bagi advantage, nak suh Germany dapat kejar.
Adakah dgn menjadi tuan rumah, maka layanan yg diberikan ref lebih istimewa? hurm.. dulu Korea and Jepun pun, banyak kontroversi gak dari pihak ref..
Lagi satu, yg aku nampak, Jose Pekerman telah buat satu kesilapan besar bila dia keluarkan Riquelme. Mcm mana Argentina nak balance serangan2 Germany, bila playmaker dan player paling kreatif mereka dikeluarkan ? Semua org setuju, the best way to defend, is to attack. Tp bila keluarkan Riquelme, masukkan Cambiasso, maka takde harapan dah nak attack.. Crespo pun keluar jugak. Masuk ngan Julio Cruz.. tak logik langsung.
Agak2 masukkan Messi ke, Aimar ke, Saviola, atau sape2 lagi yg attacking minded, ok sket.. tp nk wat cane.. manager nye decision..
Hasilnya, mmg nampak, Arg main makin teruk. Akhirnya, gol penyamaan... =p
===========
Satu lagi, Ukraine - Italy. Aku tak tengok match ni, ada keje tak siap lg tadi, huhu. Tp tengok result, wahh.. 3-0! Italy - Germany di Semi Final.. hurm.. menarik gak..
daaa
WA
4.54 am 1 juillet 06
Posted at 04:43 am by wan_g_v2
Permalink
Tuesday, June 27, 2006
BismiLlah..
FRANCE MENANG !!! oyeh3x.. =) hehe..
Sebenarnya tanpa aku sendiri sangka, aku tukar jadi penyokong France blk lam match tadi selepas David Villa score penalty utk Spain.. huhu.
Yg penting, TEAM TUA ari ne telah berjaya mengalahkan TEAM MUDA. Dan Spain akhirnya masih gagal memecahkan rekod yg mereka pegang selama ni iaitu : tak pernah menang ngan France.. hehe.
Gol Ribery lawa, gol Vieira boleh tahan la. Dan akhir skali, gol pertama Zizou dlm kejohanan kali ni, juga lawa !
Zidane kata :
'It was a celebration today. The Spanish made it very difficult for us. The adventure continues. We were very well prepared for this match,' said the 34-year-old, who will be retiring after the tournament.
'We wanted to accomplish something and show the people that we had the qualities even if in the group stage there were difficult matches.'
Baca : France 3 - Spain 1
Lepas ni, France akan lawan Brazil. Adakah sejarah final 98 akan berulang ? huhu..
Allez les Bleus ! =)
WA
11.24 pm 27 juin 06
Posted at 11:13 pm by wan_g_v2
Permalink
BismiLlah...
Brazil vs Ghana. Brazil menang, 3-0. Not quite impressive, and im really sure, the second goal by adriano was exactly offside. Poor Ghana..
Ghana played very well. Cuma bhgn depan agak kaku. Suka pegang bola lama2. Yup, i agree, the team should hold the ball, but not the players. Bila players yg buat mcm tu - and terlepas?, maka satu team akan kerugian. That's what exactly just happened in the match. They created chances, but none of them were converted into goals. Lebih malang, kad merah !!!
Tatau la, kali ni nak salahkan ref lagi ke tak. Aku rasa ref betul kali ni. Dia sengaja dive, and it was really obvious. That's football. When it comes to a great player, the "cheat" also becomes REAL. Utk players yg "biasa2" je, maka penipuan2 ni boleh jadi satu "bencana" buat diri mereka sendiri.. hehe. So, kesimpulannya jangan menipu.
Gol pertama - LAWA. Gol kedua, OFFSIDE !!. Gol ketiga, well done..
Cuma aku respect ngan Ghana, main lawa. Walaupun tanpa Essien, mereka tetap impressive.
If Brazil continue to play that way, it's hard for them to win their second consecutive WC. Statistik juga dah tunjuk, bahawa Brazil tak pernah walau sekali menang WC di Eropah. Cth terdekat, tahun 98. Di France, they almost did, tapi akhirnya kalah ngan France pada perlawanan akhir.
Mlm ni, France lawan Spain. Kalau tadi Ghana menang, mungkin aku akan sokong France jap lg. But since Brazil yg menang, aku harap Spain akan menang lepas ni. Spain vs Brazil, well, it will be interesting..
Cuma rekod tak memihak kepada Spain. Sejarah menunjukkan mereka tak pernah walau sekali kalahkan Spain. Dan mereka juga antara kuasa besar Eropah yg tak pernah menang WC. Tp aku optimis, Spain tahun ni agak berbeza. Dan since 2 pasukan yg aku sokong - Rep Czech ngan Sweden dah out, aku rasa aku akan sokong Spain la pulak, hehe.. Lgpon Spain ada Torres ! =)
France vs Spain - Media kat France ni dah label dah, match Pasukan TUA (France) lawan Pasukan MUDA (Spain). Tengok je team, sape lam France yg mude, Ribeiry sorang je. Zidane 34, Makelele 32, Barthez 35 (tapi keeper tak kesah sgt kalau tua, hehe), Vieira 30, Gallas ngan Sagnol 29, Thuram pun sama Zidane 34.. sume dah usia2 veteran dah.. Spain ? Derang ada Torres 22, Villa 25, Fabregas 19, Ramos 20, Xabi Alonso 25, Xavi 26, Pablo 24, Casillas 25, semua tu masih bawah 26.
So, kita tengok nnt, yg TUA yg kaya dgn pengalaman akan menang, atau yg MUDA yg masih bertenaga yg akan menang..
Aku ? Susah nak kata. Aku tak nak ramal. Cuma aku sokong Spain, hehe..
Tengok sat gi..=p
WA
8.41 pm 27 juin 06
Posted at 08:12 pm by wan_g_v2
Permalink
Monday, June 26, 2006
Well,
Ukraine baru menang ngan Swiss, decided by the first penalty shoot-out in this tournament.
Tanak komen sgt. Sbb aku tak tengok, hehe..
Cuma aku terjumpak quote ni, sgt menarik :
'I consider that today the referee was not at the same level as the participants, the players. There could have been a yellow card for the referee,' Blatter told Portugal's SIC television channel.
Tak caya, KLIK
Dah kalo Sepp Blatter sendiri ckp mcm tu, takleh nk ckp ape dah la.. Umpama polis2 kat Msia yg terbuat silap, pehtu Pak Lah sendiri sound.. agak2 ada masa depan yg cerah lg ke? hehe.. eh tapi sekarang mcm bukan Pak Lah je yg available, Tun Dr M pun kira berapi lagi sound menyound org ni, ahahaha..
Sekian, dengan harapan Ref yg sengal tu, (ntah, tatau nama dia) serta ref2 lain yg seangkatan dan sewaktu dengannya, takkan jadi ref dah utk match2 seterusnya lam WC.. hehe =p
WA
12.05 am 27 juin 06
Posted at 11:51 pm by wan_g_v2
Permalink
Baru je, Italy menang...
Menang ? Menang bodoh, embarassing win... shameless !
Aku tak sokong mana2 pasukan, tapi aku rasa Aussie tak patut kalah. How can the ref would give Italy that damn penalty kick just seconds before the match end !??
Italy just got the big names, but quality ? NIL ! Dive je reti.. pelakon besar, rasa2 Oscar boleh menang ni. Anugerah Pelakon Terbaik.
Once again, WC dicemari keputusan2 yg "dilakarkan" oleh para ref yg sengal.. REF ? yep, ref.. those refs-yg-hyper-sengal should get some credits for their tremendous judgement in this tournament. Keputusan2 yg membuatkan harapan pasukan2 kerdil tp mempunyai determination dan ambition yg tinggi ; TERKUBUR BEGITU SHJ..
Semalam Portugal ngan Holland satu hal gak.
16 kad kuning, 4 kad merah ! Yup, i admit that some of them were right, tp bape kerat je? Yg MENIPU bersepah ! Kalau tanya aku, player mana yg paling menyampah utk ditengok, aku jawab : Mark van Bommel. Figo kena kad kuning, sebab dia. Deco kena kad merah, sebab dia. Costinha kena kad merah, kes ngan dia gak, walaupun aku tak bangkang sgt, sbb mmg Costinha mmg patut kena kad merah pun. Dan seribu satu lakonan-tak-bermaruah lagi yg dia buat. Commentator kat tv France ni ckp : Il est grand acteur de cinema (Dia mmg seorang pelakon movie yg hebat !)
Aku yg memula mcm nak sokong Holland, dah jadi cukup menyampah dan meluat.. nasib baik Portugal yg menang.
Apa yg pasti, gol Maniche mmg lawa. Gaya dia bukak space, dan kemudian terus rembat dgn kaki kanan cukup menarik. Sekali tengok, mcm pelik, sbb dia even tak sempat jejakkan kaki kiri dia sebelum terus melepaskan rembatan. Mantap2.. tatau la kalo ada yg kata gol tu biasa n "nasib" ? Tp kalau tanya aku, aku respek la.. huhu..
Chaiyok Portugal ! Kalahkan England, oyeh ! hehe..
Italy ?? grrr.. mintak2 Ukraine menang mlm ni, and lepas ni, Ukraine menang lawan Italy. Aku dah buhsan tengok WC ni dipenuhi "anak wayang" daripada pemain2 yg betul2 ada spirit kesukanan.
Nak belakon, skali sekala boleh la.. =p
Sekarang ni masalah utama dia bukan apa. REF laa.. Bila jadi2 kes mcm ni, aku rindu pulak kat kes2 "murder threat" mcm yg jadi kat Ref dari Sweden - Anders Frisk dulu. Dia bersara terus, sbb risaukan keselamatan diri dan keluarganya slpas ugutan2 yg diterima dari peminat yg tak puas hati judgement dia lam match Chelsea vs Barca 2 tahun lepas, hehe.. uit, jahatnya aku ? hahaha.. =p
Ni geram punya pasal la ni.. huhu. Tp takde la aku mintak jadi betull.. keh3 =p
dah laa.. arap2 lepas ni Ref lebih best.. aku takde la hafal sume ref2 match so far, apatah lagi nama2 setiap sorang. Cuma antara yg aku ingat best, ref masa USA lawan Italy ari tu. He controlled the match well... ada lagi lam match2 lain, tp tak ingat.. tp kalau ref yg sengal tu, pehh.. ada la 3 4 ekor.. nyampah !
=p
WA
7.25 pm 28 Jun 06
Posted at 05:26 pm by wan_g_v2
Permalink
Sunday, June 25, 2006
BismiLlah..
Tadi, dah abes 2 match peringkat pusingan kedua kejohanan.
Sweden 0 vs Germany 2
Isk.. aku terpaksa terima hakikat, 2 2 team yg aku sokong lam WC kali ni, kalah. Memula Czech, dan kini Sweden, wuwuu.. Takleh salahkan Sweden, mmg Germany sgt hebat tadi. Tambah lak ngan ref yg sengal, bagi kad merah kat Teddy Lucic utk kesalahan kecik je. Dah la masa tu masih lagi lam minit 20 - 30. Maknanya utk majoriti game Sweden bermain dgn hanya 10 players.
Dapat penalti, tp naseb tak menyebelahi Larsson.. ala, penalti tu pun bukan deserved sgt la bg aku, sbb Larsson mcm buat2 jatuh je. Tp biasala, ref selalunya akan bg la "advantage2" yg tak disangka ni bila mcm dia dah buat kesalahan, cthnya dia dah bagi kad merah kat sorang player Swede, so kononnya nak bagi fair blk la... cet..
Ibrahimovic dah kembali, tapi masih gagal utk buat perubahan kepada team Sweden. Gol Klose dan Podolski cukup menarik. Pujian seharusnya ditujukan kepada Klose, sbb kedua2 gol Podolski adalah hasil gerakan yg bermula dari dia. Gandingan kedua2 player tu cukup serasi di bhgn depan serangan Germany. Miroslav Klose bukanlah seorang striker yg sentiasa mendpat publisiti hangat media, namun dia memang ternyata seorang striker yg berbisa. Seorang striker yg hebat tak perlu se"besar" Koller, setinggi Crouch, sesasa Adriano, seskilful Shevchenko dll, tapi cukup memadai jika dia mampu menjaringkan gol setiap kali bila peluang diberikan kepadanya. Kalau "nama" sehebat Nistelrooy, tapi dlm 10 peluang cuma gol sebijik, baik tak payah, hahaa..
Dlm team Germany, tempat striker mmg milik Klose. Tp kalau di peringkat kelab, kadang2 sampai tak ingat kelab apa dia main, huhu. Cuma aku ada ingat satu insiden menarik dlm satu match melibatkan kelab dia - dlm match tu dia dianugerahkan sepakan penalti oleh pengadil kerana dijatuhkan dlm kotak penalti, tapi kemudian Klose bgtau ref yg keputusan tu tak betul. Yg sebenarnya dia jatuh sendiri, so, dia tak nak sepakan penalti tu atas dasar sportmanship yg begitu tinggi. Hasilnya, dlm match tu dia tetap score 2 bijik, hehe.. Tindakan dia tu mmg mendapat pujian byk pihak la.. ini tak, asyik dok menipu je keje.. cuit sket, berguling2 jatuh.. lembik !
Germany main sbg tuan rumah. Selalunya tuan rumah ni ada advantage dia sndiri. Mcm WC 2002, tengok mcm mana Korea ngan Japan main cukup impressive. WC 98 kat France, France menang WC. Euro 2004 kat Portugal, Portugal sampai masuk final, dll lagi laa.. huhu.
anyway, bye2 sweden.. iskk..
Argentina 2 vs Mexico 1
Mexico hampir2 mengejutkan Argentina. Gol seawal minit ke 6 oleh Marquez, tapi disamakan blk lepas 4 minit hasil gol sendiri (ni yg aku nampak la..) walaupun lam list scorer dia tulis Crespo. Lantak la, tak kesah..
Argentina boleh dikatakan tak mampu berbuat apa2 lam match tu sampai la minit ke 90. Mcm biasa, Riquelme conquer bhgn tengah, tapi penyudah tak mampu cari gol kedua. Sampai la masa tambahan, bila gol super-duper-lawa-gilerrr oleh Maxi Rodriguez.. huhu. Mmg keeper takleh wat apa dah ngan bola tu...
Walau apa pun, boleh respek ar ngan Mexico. Mula2 ingatkan mmg match ni Argentina boleh wat lauk je la Mexico ni. Tp rupanya bukan sebarang lauk gak, huhu..
Nnt, Argentina akan lawan Germany.. pehh..menarik2..
Esok? England vs Equador, Portugal vs Holland.. menarik gak tu, hehe..
WA
3.20 am 25 juin 06
Posted at 02:54 am by wan_g_v2
Permalink
BismiLlah..
Ckp pasal bola la pulak kali ni, huhu...
Group E
Czech vs Italy & Ghana vs USA
Waaaa ~ Rep Czech kalah ! uhuk2.. aku pun tak tau, kenapa aku sokong Czech. Nak kata power, tak pun sgt. Player2 mereka, takde la star2 kelab Eropah pun. Tapi bila bermain dlm satu pasukan utk negara, Czech selalu tak menghampakan. Walau apa pun, aku mmg tak menafikan kehebatan Italy..
Cuma hari tu, aku expect USA ngan Ghana seri, atau Ghana kalah. So, kelebihan akan memihak kepad Czech. Tp alih2, Ghana menang lak. Aku dah nyampah dah ngan Ghana, sejak ada sorang player dia ni dok kibar bendera Israel lepas menang ngan Czech ari tu.. neh ;

Org kata Czech tak hebat, tapi tak ramai tahu, dlm ranking FIFA, pasukan no 2 selepas Brazil sape? Czech la.. huhu..
Ala, biasa la, bolaa.. iskk..
Group F
Takde yg menarik.. cuma Brazil, menjadi pasukan kedua dlm WC 06 ni menang kesemua 3 perlawanan peringkat kumpulan selepas Germany. Jepun? bye bye.. hehe..
Group G
France vs Togo & Swiss vs Korea S
Swiss wat kejutan, dgn menyingkirkan Korea. Aku mati2 ingat Korea dah boleh layak. Tapi kalah lak. Maka tamatlah riwayat wakil2 Asia lam WC ni, huhu..
France ? walaupun aku dok kat sini, tapi hakikatnya aku tak sokong France pun. Cuma masa match ari tu, aku tengok gak la. Zidane tak main, jadi ok pulak. Adakah faktor kewujudan Zidane dlm 2 match sblm ni menyebabkan France hampeh ? Ribeiry tu boleh jadi pengganti Zidane utk satu tempoh yg lama setelah prestasi yg dia tunjukkan lam match tu. Satu kelemahan yg boleh nampak, composure takde. Depan gol jadi gugup, akhirnya rembat tah ke mana, walaupun peluang mmg terbuka depan mata. Tp bab passing, dan creating chances, mmg boleh puji. Sgt creative.
Trezeguet baru dapat peluang main, setelah hanya masuk sbg sub dlm 2 match before. Dah seluruh media France komplen Domenech sbb letak Trezeguet kat bangku simpanan, baru nak select, huh.. Aku rasa dlm team France ni, org yg paling sengal ialah Domenech tu sndiri. Aku ingat aku sorang yg pikir mcm ni, tapi rupanya tak. Kalau bukak2 dlm paper2 sukan kat France, kat ruangan surat @ komen peminat, mak aiihh.. bersepah dok kutuk Domenech, huhu. Naseb la.
Tp akhirnya dlm match tu, France dah kembali tunjuk kekuatan diorang. Persembahan meyakinkan, corak serangan yg lebih teratur dan 2 gol yg lawa berjaya dijaringkan. Huhu, tapi nnt kena lawan Spain, nyawa2 ikan blk la jawabnya.. =p
WA
Posted at 02:17 am by wan_g_v2
Permalink
Wednesday, June 21, 2006
BismiLlah...
21 Jun, secara rasminya bermulalah Summer utk tahun ni. Suhu dah ala-ala Malaysia dah sejak hampir sebulan yg lepas. Tp ikut kalendar dan tarikh sebenar, musim panas bermula hari ni la.
Antara hari ni hingga 4 5 hari akan datang, adalah merupakan hari2 yg malamnya paling pendek sepanjang tahun. Aku masih ingat kat Malaysia masa kecik2 dulu, aku dan kawan2 penah bincang : Kalau kat Malaysia, pukul 7 pm tu, dipanggil 7 petang ke, 7 malam ? Entah, sampai hari ni aku tak dapat jawapan rasmi. Kena gi tanya Prof Awang Sariyan ni.. hehe..
Kat sini, sekarang : pukul 8.30 petang ! hah, amek ko.. haha Takde gaduh2 dah.
Pukul 9 tu, masih boleh panggil 9 petang, heuheu..


Ni gambar kawasan depan rumah aku, pemandangan dari beranda - jam 8.15 pm. Sbb tu aku kata "petang".. hehe
Hurm..
21 Jun, selain bermulanya summer, setiap tahun akan diadakan Fete de la Music - Pesta Muzik. Ia diasaskan oleh Menteri Kebudayaan France, Jack Lang pada tahun 1982. Kalau sape2 reti French, nah, baca kat sini. Pesta ni mcm ni ; semua org yg pandai main alat musik, akan dijemput utk membuat persembahan di tepi2 jalan. Pemuzik amatur la ni. So, kalau aku misalnya reti main gitar (nasib baik tak, haha), maka aku akan dialu2kan utk keluar di tepi2 jalan utk buat persembahan, takde org nak marah, dan takde org akan kata aku ni mintak sedekah ke apa. Tujuannya utk memberi peluang kepada pemuzik2 amatur ni utk tunjuk bakat mereka, selain dari nak sambut summer la kot. Sambutan? rekod setakat ni menunjukkan sambutan sentiasa memberangsangkan. Ntah, aku tak penah tengok pun lagi. Ni org2 french je yg cite.. hehe
Benda ni dah jadi acara tahunan, dan tahun ni aku berpeluang la nak tengok dgn mata aku sendiri. Khabarnya pesta ni dah berkembang ke negara2 jiran, spt Germany, Italy, Spain dll..
Persoalannya, adakah aku akan keluar jap lg, utk "merasai" benda ni ? hehe...
Sat lagi, match World Cup antara Argentina ngan Holland. Sori la pemuzik2 sekalian, rasanya aku tak dpt "memenuhi undangan" anda utk kali ni.. huhu. Tengok la, kalau tak penat, lepas match aku kuar.. hhehe.. =p
Argentina, well.. so far mereka adalah team yg paling impressive setakat ni. Lebih convincing daripada Penyandang Juara - Brazil sendiri. Aku akui, Argentina hebat. Tapi aku tak sokong sgt kot, walaupun derang ada Messi.. huhu..
Netherland ? hehe.. ni antara favourite, dan team yg memang sentiasa kuat. Antara kuasa besar dlm dunia bola sepak hari ni, tapi dlm mana2 kejohanan pun, tak pernah ada rekod yg boleh dibanggakan. Asyik sangkut je mana2. Euro ari tu antara contohnya. WC ari tu lagi la, tak layak terus, hehe..
So mlm ni, sape menang? hehe.. aku sokong Netherland kot, sbb ada Robben.. =)
we'll see...
WA
8.46 petang ! 21 Jun 06
Posted at 08:13 pm by wan_g_v2
Permalink
BismiLlah...
Dah hampir tamat pusingan kumpulan, dengan kumpulan A dan B masing2 dah tahu keputusan siapa yg layak dan siapa yg tersingkir. Tp ini entry pertama aku pasal World Cup.. iskk..
England ? Dulu mmg aku minat England. Sokong ala-ala die-hard-fans gak la. Sbb ? Entah, rasanya sbb propaganda media Malaysia, yg cukup ketara memberi pendedahan tentang perkembangan bola sepak England, baik EPL, berita Star Players mereka ; Beckham, Owen, bla2.. dan juga cerita2 tentang pasukan bola sepak England itu sendiri. Maka, aku sebagai rakyat Malaysia, terpengaruh la ngan benda2 ni semua.. hehe.
Tp, England tak penah konsisten di peringkat international. Kalau ikut aku nyer perkataan favourite, --> SENGAL, hehe.. Ada waktu main macam boleh menang World Cup, ada waktu main lawan MyTeam pun aku rasa kalah, haha.. Dah banyak kali aku kecewa tengok England. Aku tak tahu, apa faktor kesengalan England. Mungkin faktor Eriksson ada gak ni, hurm.. Sepanjang ingatan aku sejak aku "kenal" bola sepak, aku hanya sempat tengok England sejak zaman Terry Venables je sekitar 1995-98. Masa tu masih ok, zaman2 masih ada Shearer, Gazza, McManaman dll.. Lepas tu, tukar 2 3 manager, Hoodle, Keegan dan sape lg tah.. Kemudian baru muktamad Eriksson.
Eriksson takde la teruk sgt sbenarnya. Rekod dia pun baik setakat ni. Tp tu atas kertas je la. Bukan realiti dengan persembahan pasukan England tu sendiri. Aku bukanlah pakar sgt utk kritik lebih2, tp antara yg aku nampak, Eriksson ni "pilih kasih" sket. Beckham, Owen, muka yg mmg sentiasa dia pilih. Dia sendiri akui dlm satu kenyataan nya dlm media dulu. Tak kesah la Owen tak leh main first team ke (masa kat Real dulu), atau tgh out-of-form, tetap boleh main. Sama gak Beckham, time2 tgh sengal, pilih gaks, walaupun kadang2 tu mmg nampak sgt ada pilihan lain yg lebih layak pada waktu2 tu.. Dgn kata lain, dia tak perlu risau hilang tempat lam team England..
Aiseh.. apsal dok cite pasal England je ni.. huhu
Em, tadi England lawan Sweden. Dan aku ? Aku sokong Sweden, hehe. Dan mmg utk World Cup kali ni, aku pilih Sweden dan Rep Czech sbg pasukan yg aku harapkan leh wat "something".. hehe. Mmg la Sweden dan Rep Czech bukan pilihan utama, tp dah mmg aku suka sokong team yg tak berapa power, huhu. Dah kalau sokong Brazil ke, Argentina ke, tak fight laa, sbb dah tau depa tu power...
Well, match tadi agak fair. Dan England sekali lagi gagal mengalahkan Sweden walau pun sekali sejak tahun 1968. Hampir shj berjaya, tp determination team Sweden sgt2 layak dipuji. England bernasib baik gak la sbb Ibrahimovic tak main. Tp mereka masih gagal utk jadi team kedua dlm kejohanan kali ni utk menang ketiga-tiga game peringkat kumpulan selepas Germany.
Masing2 bermain utk menang, sbb nak elakkan dari bertembung dgn Germany di pusingan kedua. Dan nampaknya, Sweden yg akan jumpa Germany nanti.. Hopefully Ibrahimovic akan recover sepenuhnya nnt, dan semua player Sweden boleh bermain dgn baik.
Sweden vs Germany.. pergh.. sengit tu.. kita tengok nanti. Aku tak mau predict apa2, cuma aku leh ckp yg aku sokong Sweden, tu je.. huhu
K, dah.. =p
WA
1.09 am 21 Juin 06
Posted at 12:31 am by wan_g_v2
Permalink
Monday, June 19, 2006
BismiLlah..
Kat sini, nak jumpa org Malaysia, cukup susah. Berapa kerat je ada. Hampir tak de la, senang cerita. Barang Malaysia ? pergh.. lagi la takde..
Alkisah.. aku sekali tu pegi ke kedai Asiana* utk beli barang2 sket. Terkejut gak, tengok apa yg aku jumpa...

Mcm kenal...hurm..0.80 euro, huhu.

sah.. Made in Malaysia..huhu~

hehe.. murah2.. =p

Kiranya ada jugak la barang Malaysia yg sampai ke sini.. huhu...
p/s : Tadi baru France main, lawan Korea Selatan. Seri lagi, haha~
* Kedai Asiana ialah kedai jual barang2 Asia. Nak barang apa, cakap.. durian, manggis ? daun limau pun ada, hehe.. Rasanya tauke dia org Vietnam..ntah =p
dah...
WA
12.50 am 19 June 06
Posted at 06:09 am by wan_g_v2
Permalink
|
|
|