BismiLlah..
Berhubung satu artikel sy tempoh hari, :Status Org Yg Tak Sampai Seruan Islam yg turut sy post di BLOG kat friendster, maka alkisah sy telah terima satu komen, yg mana rasanya mcm menarik utk dikongsi kat sini..
Katanya :
=============
kat malaysia ni seruan dah sampai, and Islam smmgnya dah sampai kaffah ke segenap pelosok bumi, maybe kutub utara dan selatan pun dh sampai skang ni..wallahu taala a'lam..
bgmana pula dgn mereka yg dh sampai seruan agama, tp still sama dan mengabaikan agama. Lihat saja kat myspace.com ( hnya mngambil 1 contoh ) di mana para remaja melayu Islam yg tidak boleh dikira dgn jari lagi byknye yg rosak akhlak. Status ditulis adalah Muslim, favorite book adalah Quran, tp diri umpama kafir munafik dan fasiq..juga bersikap khawarij. Apa tidaknya, aurat didedah, tudung di mana, pergaulan bebas lelaki perempuan, menghalalkan seks, pengaruh musik yg keras2 liriknya menyelusup ke dlm pemikiran dan jiwa..inikah attitude orang Islam? yg telah sampai seruannya.. bila ditanya kenapa terjadi sedemikian..jawab mereka.."kenapa salahkan kami? kami hanya belajar 1 pendidikan agama di sekolah.."
jadi agama itu hanya di sekolah? tidak brsambung di rumah? ibu bapa jahil? atau pendidikan agama hanyalah utk skor A pd kertas ujian?
Adakah mereka juga termasuk dlm glgn yg tidak sampai seruan? tidak sama sekali.
Spttnya Artikel ditulis mengenai mereka yg sampai seruan yg majoriti, bkn minoriti yg masih tidak sampai serunya. Orang2 asli pun sampai astro skang ni..jd, artikel ni adalah tidak relevan dgn isu semasa dn dunia skang.
wallahua'lam. just my 2 cents.
==============
Sy reply :
Salam.
Pertama sekali, terima kasih kerana memberikan komen.
Biar sy jelaskan sket lg..
Pertama sekali, artikel ini tidak ditulis dengan hanya mengambil kira isu dan keadaan di Malaysia. Ia ditulis secara umum tanpa mengira kelompok golongan sasaran tertentu, juga tidak mengkhususkan keadaan di Malaysia.
Kedua, sy tak setuju jika sdra katakan bahawa Islam ini dah sampai ke segenap pelosok bumi pada hari ini. Jika benar begitu, maka bermakna hari ini sudah selesai kerja DAKWAH. Apa kerja dan tugas kita, antara lain ialah dakwah, iaitu menyampaikan seruan Islam. Apa gunanya lagi menyampaikan seruan Islam sekiranya Islam itu sudah pun tersebar ke sekalian ceruk alam.
Cuba bayangkan seorang yg lahir dalam keadaan bukan Islam kerana faktor keluarga (mak bapak bukan Islam). Membesar juga dalam suasana non Muslim. Tidak pernah tahu dan didedahkan dengan APA ITU ISLAM, TUHAN dsb. Hidup, makan, minum, kerja, sehinggalah mati, tanpa pernah KENAL ISLAM. Voila, ini dia isu yg kita bincangkan.
Tak relevan membicarakan isu ini? Ini terpulang kepada persepsi masing2. Tajuk ini bukan dibincangkan hanya oleh sy, tetapi juga oleh para ulamak silam termasuk antaranya oleh al-Hafiz Imam Ibnu Kathir rh yg hidup beratus tahun yg lepas, sbgmana yg diquotekan petikan di dlm artikel berkenaan, iaitu dari salah sebuah kitab yg dikarang oleh al-Imam.
Ketiga, sy juga menafikan bahawa artikel ini ditulis bertujuan mempertahankan status MUSLIM yg sbgmana dinukilkan contoh oleh sdra - MYSPACE (? sy tak tau, sbb sy tak masuk myspace). Mereka bukan org yg dimaksudkan dlm artikel berkenaan. Sy hanya menulis artikel ini, bila timbul persoalan di fikiran sy tentang org2 yg benar2 sepanjang hayatnya tak sampai seruan ISLAM.
Termasuk lah dalam kategori ini org yg PEKAK, BISU, dan BUTA, bayangkan, kalau dia mati, matinya tanpa mengucapkan syahadah, hidupnya, tak sempat beriman dengan ALLAH, ibadah, tak tahu nak beribadah kepada siapa etc. Kita mungkin akan katakan, matinya org spt ini (hanya contoh), adalah mati dalam keadaan BUKAN ISLAM. Jadi kita mungkin terus mempersoalkan, ADAKAH DIA AKAN MASUK NERAKA ? sbbkan dia bukan ISlam ??
Di Eropah ni misalnya, generasi hari ini mengenali Islam sbg agama KEGANASAN, TERRORISME, susulan dari itu, diskriminasi, penindasan dan mcm2 lagi unsur2 negatif menodai IMEJ SUCI ISLAM itu sendiri. Adakah ini bermakna mereka dah kenal Islam ? Kenal Islam di sini, sepatutnya merujuk kepada KENAL dalam erti kata mengenali Islam dengan sebenar2nya. Begitu juga org Asli sbgmana yg sdra sebutkan. Ada ASTRO tak memberi makna mereka sudah KENAL DUNIA dan segala isinya.
Org2 seperti ini, ALLAH itu MAHA ADIL utk menilai, ke mana mereka nanti di akhirat kelak..
Ya, sy setuju, kita sama2 simpati dan sedih dengan apa yg berlaku terhadap sesetengah kelompok Islam pada hari ini sbgmana yg dicontohkan oleh sdra tu. Tp dlam kes ini, bukan mereka yg kita bincangkan. Utk mereka, maka itu tugas kita, sy, dan saudara juga, serta sekalian umat ISLAM lain yg benar2 beriman, utk sama2 kita fikirkan jalan dan berusaha utk MENGISLAHKAN mereka, mengajak mereka utk menghayati Islam dengan sebenar2nya..
Ayuh, kita sama2 sumbangkan "sesuatu" utk agama kita ! =)
Sekian, WA
==============
Wan G v2
1.21 pm
11 juillet 06