BismiLlah…
Setiap org yg mengucap 2 kalimah syahadah, maka kita katakan mereka ialah Muslim. Dan setiap yg mengucap kalimah “Laa ilaaha illaLlah”, maka ia menjadi jaminan bahawa di akhirat nanti balasannya adalah syurga. Antara lain dalilnya adalah :
“… Kemudian dikeluarkan dari neraka sesiapa yg mengucap La ilaha illaLlah sedangkan terkandung dalam hatinya kebaikan (keimanan) hanya sebesar biji atom.”
[Hadith riwayat Bukhari]
Dan alhamduliLlah, kita adalah Muslim. Mudah2 an kita juga akan sentiasa kekal dan hidup dalam iman dan taqwa.
=============
Kadang2 kita terfikir, bagaimana pula dengan status org Kafir ?
Ya, kita yakin bahawa sesiapa yg telah sampai kepadanya dakwah atau seruan Islam tetapi ia ingkar dan menolak agama ini, maka mereka ini adalah kekal di dalam neraka dan tiada apa2 hujjah baginya di akhirat kelak. Ini adalah pasti.
Namun demikian, bagaimana pula dengan mereka yg disebabkan keuzuran2 tertentu, misalnya tempat tinggal jauh terpencil di dalam hutan, gunung, gua dsb, atau mereka yg pekak dan buta, atau mereka yg amat tua dan nyanyuk ; maka dengan begitu maka dakwah Islam tak sampai kepada mereka hingga akhirnya menyebabkan mereka mati dalam keadaan tetap bukan Islam?
Org yg mati dengan mengucapkan kalimah tauhid, maka jaminannya syurga. Maka adakah mereka yg mati dlm keadaan kufur, maka mereka dimasukkan pula ke neraka ?
Yg penting, Allah itu adalah Maha Adil…
=============
Dalam hal ini, para ulama berbeza pendapat tentang status mereka yg sebenar. Salah satu perbincangan yg paling baik serta mendalam berkenaan masalah ini terdapat dalam Tafsir Ibnu Kathir berkenaan ayat 15 dalam surah al-Isra’ yg berbunyi :
$tBur $¨Zä. tûüÎ/ÉjyèãB 4Ó®Lym y]yèö6tR Zwqßu ÇÊÎÈ
Maksud : Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapa pun sehingga Kami telah utuskan seorang Rasul (utk menyampaikan yg hak kepadanya).
Setelah diperbincangkan dalil2 berkenaan hal ini, maka al-Hafiz Imam Ibnu Kathir rh telah membuat kesimpulan dengan mengatakan :
“Dan ada di antara mereka (iaitu para ulama) yg berpendapat bahawa mereka ini akan DIUJI di akhirat kelak di tempat pengadilan. Sesiapa yg didapati mentaati (Allah), maka ia masuk syurga ; dan sesiapa yg ingkar, maka ia masuk neraka dengan kehinaan dan ternyatalah ilmu pengetahuan Allah yg telah ditetapkan berkenaan mereka sbg Ahli Neraka.
Pendapat ini adalah pendapat yg menyatukan antara kesemua dalil. Hadith2 yg telah dikemukakan adalah saling bantu membantu menolong mentafsirkan antara satu sama lain bagi menjelaskan dengan nyata pendapat ini. Pendapat ini juga adalah merupakan pendapat Syeikh Abu Hasan Ali bin Ismail al-Asha’ari sebagai pendapat Ahli as-Sunnah wa al-Jamaah (ASWJ). Ia juga adalah pendapat yg dipilih oleh al-Hafiz Abu Bakar al-Baihaqi dlm kitab al-I’tiqad. Ia juga adalah pendapat ulama2 yg lain…
Sesungguhnya hadith2 di dalam tajuk ini ada yg sahih spt mana yg telah dibuktikan oleh banyak para ulama ; ada di antaranya yg hasan, dan ada juga yg dhaif, namun telah diperkuatkan oleh hadith2 lain yg sahih atau hasan…”
(Tamat petikan dari al-Hafiz Ibnu Kathir rh)
Terdapat sebuah hadith sbg dalil yg kuat utk membuktikan bahawa org2 yg tidak sampai kepada mereka seruan Islam di dunia, akan diuji terlebih dahulu di akhirat kelak. Hadith ini diriwayatkan oleh al-Aswad bin Sare’ yg telah mengatakan bahawa RasuluLlah SAW telah bersabda :
Empat jenis org yg akan berhujjah di hari qiamat kelak :
- Org yg tidak boleh mendengar,
- Org yg lemah akalnya,
- Org tua yg telah nyanyuk,
- dan org yg mati tanpa sampai seruan Rasul kepadanya.
Adapun org yg tidak boleh mendengar berkata : Hai Tuhanku, sesungguhnya telah datang Islam dan aku tidak mendengar apa-apa pun.
Berkata org yg kurang akalnya : Hai Tuhanku, sesungguhnya telah datang Islam dan kanak2 telah melemparkan najis kepadaku (disebabkan kekurangan akal dan dianggap gila oleh masyarakat ).
Berkata org tua yg nyanyuk : Hai Tuhanku, sesungguhnya telah datang Islam dan aku tidak berupaya utk memahami sesuatu.
Berkata pula org yg tidak sampai seruan Rasul kepadanya : Hai Tuhanku, tiada sampai seorang Rasul pun kepadaku.
Maka Allah (telah menguji) perjanjian-perjanjian mereka utk tetap taat setia kepadaNya dengan memerintah mereka supaya masuk ke neraka. Dan demi sesungguhnya diri Muhammad di tanganNya, sekiranya mereka telah memasukinya nescaya mereka akan mendapatinya sejuk dan selamat.
Maksud hadith ini ialah, mereka di akhirat nanti akan diuji terlebih dahulu sejauh mana taat setia mereka kepada Allah. Perintah Allah kepada mereka supaya memasuki neraka adalah utk melihat adakah mereka benar2 taat kepada Yg Maha Berkuasa ataupun mereka ingkar terhadap perintah berkenaan. Jika mereka taat, maka balasannya adalah syurga walaupun pada asalnya Allah memerintahkan golongan ini utk ke neraka. Sebaliknya jika mereka ingkar utk masuk ke neraka, maka mereka inilah yg sebenarnya akan menerima balasan neraka.
Jika seseorang itu merupakan seorang yg taat, maka sudah tentu apa sahaja perintah dari Allah walau berupa suruhan utk masuk neraka, iaitu suatu perintah yg amat berat sekali ; akan tetap dilaksanakan. Dan akhirnya mereka akan mendapati bahawa keadaan neraka itu akan menjadi sejuk dan selamat bagi mereka. Segala2nya hanya merupakan suatu ujian Allah kepada hambaNya.
Sesungguhnya Allah itu Maha Adil..
Mudah2 an bermanfaat,
Sekian,
WA
(Rujukan : Manhaj Aqidah ASWJ – Ismail b Omar)
Wan G v2
11.20 pm
29 March 2006